PeMaLaS!!

April 10th, 2009 by wawacomel

aku dedikasi tajuk ini pada diri aku sendiri.

pada pekerja2 goverment malaysia atau lebih best di panggil gomen.

pada mereka2 yg rasa diorg wat keje, tapi haram jadah tak siap.

pada mereka2 yg kata mereka byk gileeeeeeeeerrrrr keje, tp bile mintak complete conclusion pendahuluan pon tarak!!

1st, aku mintak memaap pada mereka2 yg sudi mengikuti blog huduh aku neh (cheh, mcm la aku ramai peminat)…aku sgt2 bz (kan dh kene kat batang idong sendiri)…

kerja aku kerja yang tidak dapat disangka…kadang kala aku boleh balek seawal 430 petang kerana aku masuk pada jam 730pagi…tetapi boleh la dikatakan dlm seminggu tuh hanya 2 kali je aku balik seawal itu…selebihnya….hampir 7.00 malam, 8.00 malam….

jadi, tepatkan perkataan SIBUK dan MALAS itu pada aku? :P
2nd, pada pegawai2 gomen, haku hangen diorg ni bukan ape…gaji dh besar…kuasa dh ader… tapi gile bapak malas buat keje!!! ye, aku pun keje gomen jugak (kene kat batang hidung sendiri lagi)…tapi aku sendiri kini mengutuk pekerja gomen(maksudnya, orang yang aku kutuk tu bukanlah aku)…hehehe…memangla malas tahap ape ntah… haih…

aku ni kekadang sampai  3 4 kerja wat 1 masa….korang tak caya?

ok..camni…

aku tgh scan dokumen, sambey aku mencari maklumat di pc, angkat interkom bos aku, dan mencatat arahan bos aku…

tgn kiri aku scan, mata aku di pc, tgn kanan aku catit…telefon??? aku kepit kat bahu…

 itu, belum lagi masuk hal-hal kalau ader bos laen sedang ckp ngan aku, aku selak2 buku cari maklumat…tak pon berjalan kat meja member sebelah carik ape aku nak…

dan,itu masih tak masok hal2 aku kene angkat tepon member aku tatkala dia takder, aku kene carik bos, aku kene jadi bos, aku kene tepon warga2 gomen yang malas angkat tepon, yang angkat tepon ckp ngan aku mcm aku neh pelesit tepi jalan tepon ke tmpt yg high class (putrajaya la tu)…

cis….hengat aku takder pangkat ke??? (dlm ati aku je la)…bile aku ckp nama aku, aku dari *****, pergh!!! mcm F1 siotttttttt tukar nada suara!!! layan aku mcm permaisuri agunggg!!!!

 

inilah realiti bekerja sebagai seorang gomen, dan bekerja ngan gomen…

dan, aku paling hangen, bile masalah aku tak disetelkan walau dh 2 bulan…

masuk bulan depan…tak siap jugak…

alamat gayanya mmg org tu cari nahas la ngan aku…

thanks pd mereka yg sudi melawat blog aku..

and utk kenyataan semua…gambar2 aku telah aku pindah ke dalam private kerana aku tanak ada hal2 yang tak diingini berlaku seperti…

1. org copy gambar aku

2. org komen mcm gampang kat gambar aku

3. org nak sihirkan aku

4. org menyalah gunakan gambar aku

jadi, pada WANITA, anda bolehlah mintak access private gmbr2 saya… nak cerita kat sini, mmg la panjang…

kes terbaru yg aku terima, seorang wanita telah dipersalahkan kerana membuat blog yang menghina org lain, hina agama dan hina ***. tetapi wanita berkenaan tidak lansung tahu menahu mengenai blog itu ape ntah lagi camne nak gunakan blog tuh…

itu br 1 kisah….byk lagi kesah…ader aku kesah? eh salah…aku malas nak cerita melalui jari2 aku yang semakin runcing neh akibat terlampau rajen ketika berada di dalam ofis hingga malam…hahahahaha….

 

well guys….jgn malas2 keje…kita mencari duit di bumi tuhan…1 hari nnt bile perkara tuh terjadi pada kita sendiri, baru kita tahu betapa azabnye penantian…dan diabaikan…

utk gomen staff…kalau malas keje, benti aje keje…ramai lagi yang bley keje dgn bersungguh2 dan boleh gantikan korang terutamanya pada orang-orang tua yang gemok2 dan malas2 sekian…pencen tanam pokok aje la wei!!!!!!

melayu

October 16th, 2008 by wawacomel

aku bukan anti melayu. tetapi aku tak suka pada pemikiran melayu.

bukan kolot.

tapi terlalu cetek.

kenapa lelaki cari perempuan lain?

alasan : sbb perempuan makin gemuk, serabai, busuk, tak seperti dulu.

inilah lelaki melayu.

alasan yang tak munasabah.

kalau dh tau isteri tuh gemuk, pergilah hantar isteri tu kat pusat slimming.

dah tau isteri tu busuk, tegur lah.

isteri tuh serabai2….ajarlah isteri tuh camne nak jadi cantik.

kenapa

perlu

lelaki

cari

perempuan

lain???

 

jgn ckp depan aku sbb lelaki mmg  sukar nak luahkan kata2. nk menegur.

itu semua alasan!

melayu    sangat      malas!

malas berusaha!

malas berfikir!

dan segala2nya adalah tentang malas!

berdua lebih baik

October 8th, 2008 by wawacomel

selama ini aku single. ye. dan kini masih single.

dulu, aku hanya ader sorang je kawan. katak a.k.a sya. maner2 aku pegi, org pertama yg aku igt di kalangan kwn2 aku ialah katak.

bedua lebih baik dari seorang. dan lebih baik adalah jika dia di sisi kita skg neh.

aku mula merasakan sesuatu keajaiban berdua.

ini semua bermula dengan aku seorang “STOOODENT” yang malas. hehe… ahad ni aku ader kelas. jadi, kerana itu, dengan keadaan pejabat aku yang sgt busy, maka aku terpaksa OT. lepas OT, aku buat assignment aku sket.

buat punya buat…aku sendiri tak confident yg assignment aku tuh chantek ke tak. dlm keadaan aku yg stress (dh la aku tak cukup tido, byk keje, pastu byk plak aku kene wat asgmnet ni kan), aku pun tnya kat member sebelah aku.

“kak ros, chantek tak?” maka bangunlah kak ros ke arah aku.

“urm, mcm serabut je” jujur kak ros.

“haah…mcm aku jugak.” kitorg gelak.

kak ros atau nama betolnya ialah Efy, bnyak la tlg aku. byk dia bg suggestion.

menyokong aku. membetulkan kerja aku.

kiranya, aku tak stress la pastu.

bukannya skali dua…tp dh byk kali. mungkin kali ni aku baru sedar kot.

“berdua lebih baik…sangat penting orang di sisi kita adalah orang yang sering menyokong dlm apa yang ingin kita lakukan dan sangat-sangat memhami kita”

itulah ungkapan yang sangat berharga pada aku sekarang.

dulu aku selalu susahkan akak aku dlm buat assgmnt. tp skg tidak lagi. sbb dia dh nak kawen :(

jadi, dia sgt sebok. aku tanak la serabutkan otak dia lagi.yg dh mmg serabot dan makin gatai itu :P

hahahaha!!

baru aku sedar…kenapa percintaan jarak jauh amat jarang sekali berjaya hingga akhirnya.

dan paling penting….org yg memahami aku dan menyokong aku.

thanks to my sisters. kak ros. neo. hazman.

special thanks to katak.

sape nak berdua dengan aku sekarang angkat tangan!!

gantung - melly goeslow

September 17th, 2008 by wawacomel

Gantung

by Melly Goeslaw
Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Chorus:
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih?
Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Chorus

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

aku sangat suka lagu ni. kekadang aku rasa lagu neh ade tempias2 sisa kesakitan dalam ati aku. hak hak hak.

tapi yg pastinya, aku tak tau nape lagu2 indonesia lebih merdu, best dan penuh dengan perasaan jika di bandingkan dengan Malaysia. dan skg ni pon aku tak tau lagu malaysia lagu sape yang baru…

yg paling lates dan best bagi aku ialahmalique feat m.nasir.

yg lain?

mila? lagu rancak. sesekali boleh la. tp selalu..sorry…

nubhan? aku rasa itu lagu best. tp sayangnya tak diketengahkan.

aku suka lagu matta band…jatuh cinta…

keccii… ala2 dangdut…

republik - hanya ingin kau tahu… pon best…ya, indonesia mari…

aku suka lagu OAG dulu. akustatik, biru, slumber…

kumpulan bau..korang jgn la kate itu baru…tuh lagu lame wei!!! tahun 2002! 2003!! masa tuh, bau femes ngan lagu bertajuk “wawa”. tak percaya? hahaha…!

at least aku ader lagu ma!! hak hak hak…tp seriously lagu2 bau telah lame aku layan…sape yg baru layan, nmpk sgt la korang ketinggalan zaman! hahaha!!!

jadi, lagu apakah harus aku puji di malaysia?

siti nurhaliza…ader yg best… purnama merindu, seindah biasa, dll.

siti sarah saat hilang cintamu…

misha omar.. kuseru…

kru? aku suka album lama…

jadi? ape lagu baru yg harus aku suka di malaysia?

apakah lagu yg boleh aku layan setiap waktu…

hati aku sentiasa sunyi…dan aku tak suka lagu terlalu rancak…seperti mila… terlalu jiwang seperti spring..

owh, kalau korang carik, lagu neh, dari kumpulan kulit : kita yang tak berdosa. serius! lagu tuh mmg la evergreen!

tahun 1996 kot…ke 1998…mmg best! aku tak tau nape la aku suke lagu tuh.

itu lagu malaysia yg aku rasa hingga kini menjadi lagu top di dalam hati aku. lagu kaka nita sawarak, pon ok gak…tp kekadang la..tak bley layan slalu…

nora pon ok gak. tp lagu2 lama dia la.

farah asyikin, kembali lagi di sisimu…hah! mmg la aku tak bley lupe lagu neh…mmg best!

yg aku cerita lagu lama…lagu baru?

di manakah letaknya lagu2 baru malaysia di hati rakyat malaysia??

seorang pencinta lagu, aku rasa lagu KRU adalah lagu yg paling baik hingga kini.

anak jati malaysia.

lagu original.

siti? aku suka gak. di kalangan wanita, siti menang.

jadi, di manakah salahnya radio2 kini putarkan lagu2 indonesia?

sedangkan rakyat malaysia, seperti aku, hanya memilih segelintir lagu untuk diminati…

tetapi lagu indonesia, jika diminati, aku akan ulang hari2..tanpa jemu…

jika diamati, lirik lagu indonesia selalunya berkaitan dengan kejadian diri sendiri, atau org lain. dengan perkataan yg lain, melalui pengalaman.

contoh : the republik, hanya ingin kau tahu. lagu tuh benar2 menyentuh perasaan aku. walaupun aku tak penah alami situasi itu. jadi, ianya benar2 berkesan pada hati aku. dan tiap kali aku dengan lagu tuh, meyebabkan otak aku segera berfikir…bagaimanakah jika bf aku begitu?

ianya memberi kesan pada aku…lagu bukan sekadar lagu..lagu adalah melodi yang menyanyi di telinga dan berirama di dalam hati. melodi indah membuatkan kita tenang. dan senang.

aku sukakan perkataan2 yang mudah. tidak sukar. dan ayat yang tidak merapu2.

oleh itu, kepada penulis2 lirik, selidik la…apa yang dimahukan oleh rakyat malaysia kini…untuk lagu melayu.

untuk lagu inggeris, tunggu la entry yang lain ye?

hik hik hik…

special dedication :

1. Mr. K  - Bau, warkah.

2. Neo sepian - gantung, melly geoslow

3. Ayie (lelaki pertama yang aku suka masa kat poli) - dear diary, ratu. anjasmara - jawapan kepada tenda biru

4. Jamil (ex-admire aku) - Akustatik, oag.

5. Hazman - Selamat Pengantin Baru, sape ntah.

hak hak hak….!!

kepada wanita2…

tunggu la entry akan datang.. ;)

 

if one day….

September 6th, 2008 by wawacomel

If one day you feel like crying…
Call me.
I don’t promise that I will make you laugh,
But I can cry with you.

If one day you want to run away-
Don’t be afraid to call me.
I don’t promise to ask you to stop…
But I can run with you.

If one day you don’t want to listen to anyone…
Call me.
I promise to be there for you.
And I promise to be very quiet.

But if one day you call…
And there is no answer…
Come fast to see me.
Maybe I need you..

 

but if i day i left you…

it’s not because i hate you…

but i just want you to live in happy way just like you are now without me…

~warkah untukmu~

August 28th, 2008 by wawacomel

Mak 1 : Azmeer accident tadi…

tetibe aku rasa semua benda pause. senyap sunyi. aku hanya rasa aku je yg bernyawa.

Mak 1 : Dia meninggal..kat tempat kejadian…

aku lihat wajahnya sangat sedih.

Aku : Kat mane accident?

Mak 1: kat Jalan Emas 1. Kereta langgar..

AKu : Ok. Bila kebumi?

Mak 1 : Petang karang. lepas Asar.

AKu: Ok. nnt saya datang.

Mak 1 memandang ke arah aku. begitu juga syikin, kakak Azmeer. Rizal, abang Azmeer jua memandang ke arah aku. Masing-masing ku lihat penuh dengan kekeliruan. aku menarik bibir kiri. Mak 1 ku lihat telah mengalirkan air mata…

Abang Rizal : Nnt abang ambil wawa…

Aku hanya senyum paksa. riak wajah abang rizal sangat sukar digambarkan. lama juga mereka lihat aku. kemudian mereka beredar setelah aku salam mereka.

                               *************************

Abang rizal mengambil aku dengan menaiki kereta berwarna putih pearl. ku lihat kereta itu penuh sayu. kereta perdana yang penuh class itu terkuak pintunya, lantas aku memasuki dengan serabutnya baju kurung berwarna hitam.

senyap.

lantas kereta itu menuju ke rumah yang baru sahaja aku kunjungi semalam…

abang rizal : kenapa?

aku terhenti lamunan.lantas memandang ke arah abang rizal.

aku : emm??? (sambil berkerut dahi)

abang rizal : sikit pun riak wajah wawa tak menggambarkan terkejut, jauh sekali menitiskan air mata…

aku hanya diam. dan diam. dan diam…. buta ke abang rizal? seluruh taman ini telah pun banjir! dinaiki air tanpa disedari??! butakah??!!

                      *******************************

aku lihat wajah itu. dan akhirnya wajahnya ditutup. saat diletakkan kapas di wajahnya,lantas menitis air mataku. saat ditutup wajahnya, dan diikat, makin deras…dan lantas membasahi seluruh wajahku…

"Azmeeeerrrrr!!!!"

…tetapi itu hanya di dalam hatiku…

ku iringinya hingga selesai.

lantas telah kering air mata ini.

ku lihat seluruh keluarganya masih lagi esak.

kak syikin : wawa…

ku pandang ke arah suara itu..

kak syikin : tabahnya wawa…

lantas ku lihat air mata mak 1 makin deras. aku hanya terpaku di situ. sunyi. terhenti. angin membawa bajuku ke kiri…

abang rizal : mari kita pulang…dh lewat ni…

ku melangkah pergi…tinggalkannya keseorangan… "Azmeer…" sob sob sob…teresak2…tetapi itu semua hanya di dalam hati…

                                   *************************************

aku : mak, bley ke datang rumah?

mak 1 : eh, ape tak bley??? datang la… marilah…mak pun rindu kat wawa… kan bagus kalau wawa jadi menantu mak…boleh mak masak hari2 utk wawa…

aku terdiam seketika…

mak 1 : tp tak jadi menantu pun, mak anggap wawa macam anak sendiri. jgn la segan2. datang la.

aku : wawa tak sehat…tak larat nak balik rumah… tido dalam bilik azmeer boleh?

mak 1: boleh!! hari2 pun takper wawa…

aku : jap lagi wawa sampai ye mak…

mak 1 : ok…hati-hati ye…

aku : okess!~

lantas ku memecut ke rumah yang tersergam indah itu. bukan kehendakku ingin ke situ. tetapi utk ke rumah ku mengambil masa sejam, tidak sempat utkku sampai dalam keadaan aku yg sedang sakit ini…

                                *********************************

mak 1: pergila tidur wawa…letih mak tengok wawa…

abang rizal : wawa demam??

lantas bangun dari kusyen dan memegang dahiku…berkerut dahinya..

abang rizal : eh, jom…abang hantar g spital…demam panas ni!!

kecoh abang rizal…terlampau risaukan aku..

aku : abang, wawa tak larat. wawa nk tido je. kang wawa nk gi spital, wawa tepon abang eh? abang angkat wawa dari katil eh?abang bawak g spital…

abang rizal : ampeh…

lantas menggosok kepala ku dengan manja..dan memeluk ku… Hani, tunang abang rizal memandang cemburu ke arahku…

                               ***************************

aku lihat sebuah katil yang 1 ketika dulu seorang jejaka yang sangat aku sayang dan cintai enak tidur di atasnya…alangkah comelnya aku melihat raut wajah itu…lantas ku sembur air dengan penyembur menyebabkan dia berang dan mengejar ku keliling rumah…

cermin yang ku hadiahkan padanya masih di situ… cermin itulah saksi cinta dan sayang aku padanya…

"aku yang kau panggil sayang"

lantas ku menarik selimut dan tidur di atas katil itu…

"awak…saya sangat merindui awak…hingga saya telah jatuh sakit hari ini…dan saya sangat mencintai awak…hingga saya tidak mampu lagi berdiri…lama saya pendam…tapi saya tidak tahu pada siapa harus saya ceritakan…

awak…gambar kita masih di situ..seperti janji awak…awak takkan mengubahnya…

manjakan saya? tengok tu! gambar comot saya masa awak tonyohkan aiskrim pun awak bingkaikan besar2! awak ni gile!! tapi saya sangat sayangkan awak…kira, saya pun gile kan??? hahaha!

awak…tiada perubahan di sini… mak 1 mesti selalu masuk bilik awak…bilik awak bersih!

awak…sori ek? bantal awak dah basah…hahaha! bukan kerana air liur saya la!! bluekk!! :P

awak…

awak…

awak!!! saya panggil awak ni!! awak watper kat depan pintu bilik air tu?? pekak ke? sengih2…debik nak??

http://www.youtube.com/watch?v=RNT0n2FBNoM&feature=related

awak meh la sini…peluk pinggang saya seperti yang awak selalu buat tuh…seperti yang selalu awak tenangkan saya di dalam kasih sayang awak tu…

awak… nnt kita gi jalan2 eh? makan eskem…pastu ari sabtu kita g joging eh? eh? eh?

awak..??

….. :(

awak….nape ni? awak…saya sangat rindukan awak…awak rindu saya tak?"

dan aku terlelap di dalam dakapannya…

                                 ****************************

handphone aku mempunyai berbelas2 msg, berpuluh2 miskol…dan ku lihat… ape?????

aku telah tidur selama 24 jam!!!

abang rizal, mak 1, kak syikin…smeua tak perasan! tak sedar! aku di situ!!!

ku keluar…bersiap2…berborak…

ku salam dengan mak 1, abang rizal, kak syikin, kak hani, azmeer, papa… dan ku pulang…

sebelum memasuki kereta, azmeer memeluk ku dari belakang, membuatkan aku selesa dan bersemangat untuk meneruskan hidup…

abang rizal memberikan aku sekeping warkah…lama aku fikir…

abang rizal : wawa…azmeer dh takder…terimalah hakikat ini…jika tidak kerana mahu lukakan hati kak hani, dah lama abang jaga wawa…

baru aku teringat!! warkah itu ku tulis ketika ku di dalam bilik azmeer tempoh hari!!!

dengan tenang aku bersuara…

aku : masa berita mak 1 bgtau aritu…setitik pun airmata wawa tak keluar kan?

abang rizal tersenyap. berfikir. lantas ku melirikkan senyuman.

aku : bukan kerana wawa tak boleh terima kenyataan…wawa sangat sayangkan dia bang…dia sentiasa di sisi wawa… wawa tak harap dia sentiasa di sisi wawa…tp cintanya terlalu kuat…menyebabkan ianya tertinggal bersama wawa… jasadnya telah lama pergi…lama bang…tapi sikit pun wawa tak ralat nyawanya di tarik…Allah menyayanginya…lbh dari wawa sayang dia…tiada jasadnya…cintanya membuatkan wawa bahagia…

lantas abang rizal memandang ke arahku…sikit pun aku tidak menoleh ke arahnya…

aku : cinta tak mesti bersama jasadnya…

aku biarkan ayatku…

lantas abang rizal memeluk bahuku…melangkah bersamaku…menuju ke arah mak 1 dan yang lain2…

awak… doakan saya moga kita bertemu di sana ya!~ :)

http://www.youtube.com/watch?v=9owcVPAKVMM

p/s: ini hanya rekaan semata-mata!!! hak hak hak!!!

“dia telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada saya”

August 21st, 2008 by wawacomel

tetibe aku dpt msg dari katak (bestfren aku)… dia fowardkan msg dari seseorang..

1. "saya tringin sgt2 nk jpe dia. sy tau mungkin awak msh berhubung dgn die lg. nnt sy study kt puchong"

2. "dia tlh meninggalkan kesan yg amat mendalam kepada sy, smpai hari ni sy msh x dpt nk mlupekan dia"

3. "mn sy tau no die, sbb sy tny awak, kalo awak xnk bg pn xpe la,tp sy akan usaha cr die smpai dpt, sy akan dtg umah die nnt tp sy ingat2 lupe umah die."

wah!!! berbunga aku hari ni!! akhirnya…ngaku jugak dia…thehee…. welcome back!~

celcom

August 20th, 2008 by wawacomel
celcom neh b*bi, bodoh nak mampooos, bingai, bangang, lembab, ci*ai!

celcom menghabiskan duit pengguna!!

celcom menipu!!

celcom lemah!!!

celcom hanya create propaganda mengatakan celcom itu bagos!!

celcom la rangkaian telefon bimbit yang paling slow! lemah!! dan menyusahkan pelanggan!!!
bawah neh e-mail aku pada careline@celcom.com.my
salam sejahtera.
saya adalah pengguna celcom.
pada khamis, jam 10.55 am saya telah hubungi celcom untuk mendapatkan bantuan kerana masalah downloading MMS.
soalan saya pada si pengangkat telefon ialah : kenapa MMS saya gagal saya download jika tiada coverage 3G? saya hanya akan dapat download MMS jika hanya ada coverage 3G.
si pengangkat telefon memberitahu saya bahawa pihak technical hanya akan bercakap dengan saya jika saya hubungi dari nombor yang lain selain daripada nombor saya sendiri.
dan dia juga suggestkan agar saya menggunakan public phone.
kemudian, dia boleh lagi bertanyakan pada saya apa lagi soalan yang ingin saya tanyakan sedangkan soalan pertama saya dia masih lagi gagal untuk jawab dengan sempurna.
kemudian, dia berkata, jika cik mahukan konfigurasi GPRS, cik perlu telefon dari nombor yang lain.
dan setahu saya, saya tidak pernah minta untuk konfigurasi GPRS.
inilah careline yang tak berapa nak care. tak faham soalan. dan juga telah hangkan panggilan saya selama lebih dari 10 minit.
kemudian, saya pinjam telefon jiran saya dan saya hubungi dari panggilan tetap. walaupun di dalam keadaan basah, saya tetap ke rumah jiran saya kerana geram dengan careline celcom yang bernama SIA CHUON SOON.
panggilan yang di’hang’kan itu di dengari oleh seorang careline yang bernama Suriati.
saya tidak faham kenapa celcom sangat sombong dan bongkak, terutamanya di bahagian technical kerana tidak mahu bercakap dengan pelanggan mengenai setting configuration dan tidak dapat jawab soalan yang diutarakan oleh pelanggan.
perlukah semua pelanggan belajar bahasa cina, atau mandarin, barulah careline berbangsa cina akan faham soalan daripada orang melayu?
panggilan yang di’hang’kan, kemudian di ‘end’kan dengan begitu sahaja. saya harap agar ketua bahagian careline mendengar semula perbualan di antara saya dan juga si pengangkat telefon itu agar lebih adil.
rekod saya untuk memanggil celcom adalah 5 rekod. saya musykil dengan celcom. kerana saya hanya membuat 2 panggilan iaitu pada jam 3.++ pagi sekali, dan 10.55am sekali.
adakah celcom adalah celcom? adakah celcom bagus?
lebih baik saya gunakan digi atau maxis. kerana jika saya ada masalah, sama ada saya boleh selesaikan masalah saya dengan konfigurasi telefon saya sendiri atau hubungi careline mereka dan dilayan dengan baik dan bagus. dan paling utama, tidak perlu hubungi dari nombor yang lain selain nombor yang miliki.

celcom sangat bermasalah. jadi, sebelum nak tahu masalah pelanggan, selesaikanlah masalah di dalam celcom itu sendiri.
jika pengangkat telefon anda tidak bagus, buang sahaja. memalukan nama syarikat yang konon-kononnya gah sahaja.
pihak anda boleh hubungi saya di talian : ****
saya harapkan maklumbalas yang tepat daripada pihak celcom sekurang-kurangnya di dalam masa 5 hari bekerja.
sekian, terima kasih.
jadi, kiralah. 5 hari bekerja. hari ni, esok, isnin, selasa, rabu. 27.08.2008. paling lmbt la, khamis, 28.08.2008.
kalau tak dapat reply jugak…….tau la ape aku nak buat dengan celcom b*bi neh.

celcom

August 20th, 2008 by wawacomel

jeng jeng jeng

August 19th, 2008 by wawacomel

aku tak tau la kenapa. sejak kebelakangan neh, ade je org2 yg aku penah kenali tetibe je moncol balek. tak kurang jugak org yg aku tak kenal tetibe ngaku kenal aku.

ape pon, org yg aku penah kenal tuh, dh lame gile aku lupekan. tup tup dia view friendster aku. haihh???

lama aku pk…kenapa…

tp tak pe la…. tp sedikit sebanyak tergugat jugak aku. tergugat tentang kisah lame yg dh lame aku tinggalkan.

otak aku neh dh penuh sarat ngan berbagai masalah dan tensi. dan stress.

ditambah plak masalah yg ntah pape.

mate aku neh asek nak pejam jer. badan aku tak la penat mane. neh aku hangen jugak.

dah la tu…ptg tadi aku terima call…kata appoinment aku kat klinik putrajaya di pospone bulan depan.

aku dh la saket2 kambeng neh. kene tangguh. babi betol!!

mmg tak kena gaya la dia tepon aku time aku tgh hangin arini.selambe je aku ckp, ha lepas ni pospone la plak pas raya, kalau tak pon sampai tahun depan pon ok jugak wat?

dia kate eh mana boleh. bulan depan tuh paling lewat.

aku kate takpe, pas raya, 2 3 bulan, tahun depan pon takper.

ha, kan dh kene ngan aku.

tadi, celcom gampang plak kene.

masa aku balek keje, asal orang wat salah je aku hon. mampos la kan. aku tgh elok2 mood bawak kete slow2, lagi nak himpit2 aku. ha, kan dh kene hon maut.

kesimpulannya, hari ni hari mood tak baek aku.

tadi pon ketua bahagian di sebuah syarikat kene maki ngan aku.

senang cite arini keje aku memaki aje la.

dh mood mmg tak baek…

esok nak g tgk firework plak kat putrajaya…

….hoping that i can release my tensen….

argh!! tensen tensen!!!